5 Perkara yang anda perlu tahu tentang ulang tahun yang ke-100 Mazda!

Kenderaan Penumpang Pertama Mazda

R360 Coupe adalah kenderaan penumpang pertama Mazda yang menampilkan reka bentuk yang futuristik dan teknologi unik. Kereta ini direka untuk individu yang berkeingininan memiliki sebuah kereta. R360 menjadi titik permulaan peralihan Mazda membina kenderaan penumpang, sebelumnya mereka membina motosikal dan traktor. Kereta ini memiliki enjin vtwin 466cc 4 injap dan dipasangkan transmisi automatik yang membuatkan kereta ini senang dipandu. Badan dan rangka R360 dibuat daripada aloi ringan yang memberikan perasaan lincah di belakang roda. Faktor-faktor ini memberikan titik permulaan pengeluaran kenderaan Mazda sehingga ke hari ini.

Model Edisi Istimewa

Pada tahun ini, Mazda menyambut ulang tahun yang ke-100 mereka, untuk meraikan pencapaian yang bersejarah ini, mereka memperkenalkan barisan model keluaran istimewa yang hanya akan dijual di Jepun. Barisan model yang akan dikeluarkan adalah bermula daripada Mazda2 sehingga Mazda Mx-5. 

Tema putih dan merah

Kesemua model keluaran istimewa menggunakan tema warna putih dan merah burgundy seperti kereta R360 pertama Mazda yang diperkenalkan pada tahun 1960. 

Kemasan burgundy 

Model Edisi istimewa ke-100 Ulang Tahun mencerminkan sejarah Mazda yang mengambil cabaran-cabaran dan bertindak sebagai peringatan kepada akar-akar kerajinannya dengan menggunakan motif yang sama dalam warna merah dan putih. Di dalam cabin, lantai kenderaan, karpet dan kerusi menggunakan warna burgundy.

Logo Istimewa Mazda

Penyandar kepala, hubcap rim dan kunci kereta untuk model edisi istimewa ini juga diberikan kemasan logo ulang tahun ke-100. Logo Istimewa Ulang Tahun ke-100 ini mengatasi simbol jenama Mazda ketika ini di atas logo “Industri” yang dibuat apabila Toyo Kogyo (Nama lama Mazda) ditubuhkan pertama kali. Reka bentuk ini mencerminkan keinginan syarikat-warisan dari pengasasnya-untuk menyumbang kepada dunia melalui kejuruteraan dan usaha dan tekad untuk kearah 100 tahun yang akan datang.

Kesimpulan

Tahniah Mazda atas kejayaan ini yang bersejarah ini. Kami berharap Mazda akan mengekalkan prestasi cermelang mereka dan terus membina kereta yang berlandaskan falsafah mereka. Model keluaran istimewa ini juga amat menarik tetapi malangnya, model-model ini adalah hanya untuk pasaran Jepun. Kami berharap bahawa Mazda Malaysia akan melancarkan aksesori-aksesori edisi khas juga untuk peminat jenama Mazda di Malaysia.

Aiman Rizal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.