Pelancaran model tayar komersial baharu!
Pada 10 Feb 2020, Michelin telah melancarkan tayar komersial baharu mereka iaitu Michelin X multi Z2. Ini telah menambahkan barisan produk yang mereka tawarkan.
Mencipta dan membawa masuk 3 inovasi baharu
Michelin telah membawa 3 Teknologi inovasi baharu di tayar Michelin X Multi Z2 iaitu Reginion, Infinicoil, Ht Nylon.
Tayar yang tahan lama dan memberikan konfiden tinggi
Dengan teknologi Reginion, tayar tahan lebih lama kerana ia mengurangkan daya rintangan tayar ke atas permukaan jalan sekali gus dapat menjimatkan pengunaan minyak. Selain itu, Longitud bunga tayar boleh pulih semula walaupun menjalani proses kehausan. Tayar ini juga mempunyai cengkaman yang tinggi walaupun dalam apa jua cuaca dan keadaan.
Tayar yang lebih lasak dan selamat
Dengan teknologi Infinicoil, tayar lebih lasak kerana ia merupakan tayar radial yang dibaluti dengan dawai keluli sepanjang 400m (bergantung kepada saiz tayar). Hal ini meningkatkan ketenguhan tayar dan mengoptimimkan jarak berbatuan yang lebih tinggi. Prestasi tayar juga terjamin tidak kira jarak perbatuan. Tayar michelin ini juga lebih selamat dan jika berlaku kehilangan tekanan yang mengejut, pemandu tidak akan hilang kawalan trak mereka kerana keteguhan tayar ini.
Penjimatan Kos jangka masa panjang
Dengan teknologi Ht Nylon, ia meningkatkan ketahanan lekuk tayar. Hal ini dapat mengurangkan kadar kerosakan berkait dengan jarak jauh dan kelajuaan. Tayar ini amat sesuai untuk dihantar celup untuk pengjimatan kos.
Dimana nak beli?
Jika anda berminat dengan tayar Michelin X Multi Z2 ini, ada boleh pergi ke wakil pengedar tayar trak michelin yang bertauliah di seluruh negara. Size boleh didapati dalam dimensi 11R22.5.
Kesimpulan
Tayar baharu daripada negara perancis ini bakal mengubah trend pasaran tayar trak di Malaysia. Selain prestasi dan keupayaan yang luar biasanya tayar ini juga menawarkan nilai yang terbaik buat truckers-truckers di seluruh Malaysia