Jeep Kembali Lagi: 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jeep Malaysia

Mereka kembali! Jeep kini kembali ke Malaysia dengan kerjasama Tahb Auto sdn bhd. Mereka juga mengumumkan bahawa kemungkinan mereka akan membawa masuk model-model FCA yang lain seperti Alfa Romeo dan Fiat.

3 model baharu

Jeep melancarkan tiga model serba baharu iaitu Jeep Compass,Jeep Wrangler Sport S dan Jeep Wrangler Renegade .

Enjin kecil yang berkuasa

Jeep Malaysia menawarkan 2 jenis enjin berkuasa petrol. Enjin 1.4 inline-4 multiair yang dipinjamkan oleh Fiat ke dalam Jeep Compass dan enjin 2.0 inline-4 turbo dengan bantuan motor hybrid di Jeep Wrangler mereka. Enjin 1.4 multiair menajana kuasa sebanyak 162hp@5500rpm dan 250nm@2500rpm manakala enjin 2.0 dengan bantuan motor hybrid 22HP dan 46Nm bergabung menjanakan kuasa sebanyak 270hp dan 400Nm

Kereta modular

Jeep wrangler merupakan sebuah kenderaan yang modular, ini membuatkan Jeep senang diubah suai dan dimodifikasi. Antara modifikasi yang popular adalah winch, lampu led dan skid bar. Bukan itu sahaja, setiap bahagian seperti pintu, bumbung dan cermin hadapan Jeep boleh dicabut keluar atau diubah suai untuk membuatkan Jeep lebih ranggi. Ini akan membuatkan setiap Jeep di jalan raya unik dan berbeza.

Pilihan trim yang menarik

Jeep malaysia menawarkan trim-trim yang mewah dan menarik di dalam kenderaan mereka. Antaranya adalah Warna kerusi kerusi kulit dwitona, kerusi buket kulit, audio Alpine Premium, Skrin paparan UConnect 7” dan banyak lagi.

Harga yang menawan

Jeep Malaysia menawarkan harga yang kompetitif bagi model-model kenderaan mereka. Harga masih belum diputuskan tetapi Jeep Malaysia menyasarkan harga Jeep Compass akan bernilai kurang daripada RM200,000 manakala Jeep Wrangler akan bermula daripada RM315,000.

Jenama ikonik terkenal

Jeep merupakan perintis terbesar bagi kenderaan offroad dan merupakan pilihan utama pengemar sukan offroad di serata dunia.

Reka bentuk timeless

Reka bentuk jeep tidak berubah sejak perang dunia II lagi. Jeep dahulunya dibina untuk ketahanan dan penggunaan di dalam Perang Dunia II. Jeep Wrangler berbentuk seakan-akan Jeep Willys yang dievolusi untuk kegunaan dunia moden. Tiada kenderaan yang lebih ikonik dan dikenali di jalan raya pada hari ini.

Kesimpulan

Dengan model kenderaan yang dibawa masuk oleh Jeep Malaysia setakat ini, kami beranggapan bahawa Jeep Malaysia boleh menang di dalam perang SUV mewah dan mengoyangkan pesaing-pesaing daripada negara German. Apakah pendapat anda tentang Jeep? Nyatakan pendapat anda di ruang komen dibawah?
-Aiman Rizal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.